Sejarah Perbadanan Pembangunan Halal

HDC ditubuhkan pada 18 September 2006[7][8] sebagai pertubuhan khusus yang memberi tumpuan kepada misi utama untuk merealisasikan visi Malaysia untuk menjadi hab Halal Global[9] dan meningkatkan halal sebagai pilihan standard.[10] HDC adalah perbadanan pembangunan industri halal yang disokong Kerajaan yang pertama di dunia untuk menyelaraskan pembangunan komprehensif industri halal.[11]

HDC mengambil alih urusan pentadbiran berkaitan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) "dalam usaha bagi menempatkan urusan halal sepenuhnya di dalam satu agensi pusat pada 2008 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia."[12] Bagaimanapun, ia telah dikembalikan semula kepada JAKIM pada tahun 2009 lalu.

Pada April 2011, HDC memulakan kerjasama bersama JAKIM, di mana HDC melatih dan berunding dengan perusahaan kecil dan sederhana supaya perusahaan boleh memohon sijil halal dari JAKIM.[13]

Dana ini bertujuan untuk membangunkan industri halal dan usahawan Bumiputera di Malaysia untuk pasaran antarabangsa.[14][15] Dana ini bertujuan untuk membangunkan industri halal dan usahawan Bumiputera di Malaysia untuk pasaran antarabangsa.[15] HDC menyediakan senarai syarikat-syarikat patuh halal yang telah dipantau untuk dana.[14]

Pihak Berkuasa Zon Bebas Lapangan Terbang Dubai (DAFZA) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan HDC. Perkongsian strategik itu telah ditandatangani di ibu pejabat DAFZA, dengan Dr. Mohammed Al Zarooni, Ketua Pengarah DAFZA, dan Dato' Seri Jamil Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif HDC, sebagai penandatangan. Di bawah terma-terma MoU tersebut, DAZFA akan bekerjasama dengan HDC untuk membangunkan infrastruktur pematuhan halal di Dubai untuk mencapai objektif perniagaan yang saling menguntungkan, mengarahkan dan membantu proses pembangunan halal di kalangan semua pemegang kepentingan, menyokong pelaburan antara UAE dan Malaysia, dan memudahkan penyertaan dan pertumbuhan syarikat-syarikat yang terlibat dalam perdagangan halal melalui rangkaian hab ke hab.[16]